Projek pemuliharaan tuntung sungai dimulakan di Sg. Kemaman

Written by Dr. Chen Pelf Nyok

Dr. Chen is the co-founder of Turtle Conservation Society of Malaysia. She currently heads the community-based River Terrapin Conservation Project in Kemaman, Terengganu, Malaysia.

8 Mar 2011

Note: Read the English version of this post here: Terrapin Conservation Work Initiated in the Kemaman River

Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah meluluskan permohonan kami untuk memulakan projek pemuliharaan tuntung sungai di Sungai Kemaman, dengan penglibatan masyarakat tempatan di 3 buah kampung di sepanjang sungai, iaitu Kg. Binjai, Kg. Pasir Gajah dan Kg. Dadong.

Penduduk-penduduk kampung telah memulakan projek pengeraman telur tuntung sungai 2 minggu yang lalu dan setakat 1hb Mac 2011, sebanyak 36 sarang telur tuntung yang telah dilindungi. Bersama-sama dengan Dr. Gerald Kuchling, pakar pembiakan tuntung dan kura-kura, kami melawat lokasi pengeraman telur tuntung yang dibina oleh penduduk-penduduk kampung serta 3 tebing persarangan tuntung (iaitu Pasir Pak Kadir, Pasir Pok Yok dan Pasir Merbau Eper). Pihak TCC telah mencadangkan kepada PERHILITAN untuk mewartakan ketiga-tiga tebing persarangan tersebut.

Pasir Pok Yok di Kg. Pasir Gajah ternyata merupakan tebing persarangan yang menakjubkan. Kepadatan kesan tapak kaki tuntung yang dilihat dari seberang sungai benar-benar mempegunkan dan menurut Dr. Gerald, seperti memberi nafas baru kepada tuntung sungai.

Kami berasa amat gembira dan teruja dengan usaha dari para penduduk kampung dan nelayan tempatan serta Pengerusi JKKK masing-masing yang telah menyokong projek ini.

Ucapan “Terima Kasih” ditujukan kepada Pengerusi dan wakil-wakil JKKK Kg. Binjai, Kg. Pasir Gajah dan Kg. Dadong, penduduk tempatan yang terlibat, En. Yusoff Shariff (Pengarah PERHILITAN Negeri Terengganu), En. Azuan Alias (Pegawai PERHILITAN Daerah Kemaman) dan Ibu Pejabat PERHILITAN kerana meluluskan projek baru di Sungai Kemaman.

You may also like…
Replacing fear with curiosity

Replacing fear with curiosity

A former intern recalls her fear for animals and how despite that, she joined TCS for a month, and found that she thoroughly enjoyed the experience!

Terrapin Independence Day 2016

Terrapin Independence Day 2016

To celebrate Terrapin Independence Day 2016, we have lined up various activities for both adults and children. Come join us on the 24-25th September weekend!