Populasi tuntung di Kemaman diancam kepupusan – NGO

Written by Dr. Chen Pelf Nyok

Dr. Chen is the co-founder of Turtle Conservation Society of Malaysia. She currently heads the community-based River Terrapin Conservation Project in Kemaman, Terengganu, Malaysia.

6 Sep 2015

Date: 6th September 2015
Source: Berita Harian Online

KEMAMAN: Populasi tuntung sungai di daerah Kemaman kini semakin diancam kepupusan malah semakin kritikal apabila jumlah telur yang ditetaskan ibu tuntung kini berkurangan setiap tahun.

Pengasas Bersama Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu Malaysia, Chen Pelf Nyok, berkata berdasarkan kajian dan rekod pihaknya mendapati jumlah telur tuntung yang ditetaskan pada tahun 2012 sebanyak 1,400 biji menurun sehingga 335 biji pada tahun ini.

“Ini sangat merisaukan kerana kami dapati jumlah telur semakin berkurangan dan populasi tuntung ini semakin kritikal, tahun pertama kami jalankan projek pada tahun 2012, kami dapati lebih 1,400 butir telur dan tahun ini cuma ada 355 biji telur yang dihasilkan ibu tuntung.

“Spesies tuntung ini sebenarnya bukan hanya semakin berkurangan di Sungai Kemaman, tetapi juga di lima lagi sungai di negeri ini iaitu Sungai Dungun, Sungai Kerteh, Sungai Setiu, Sungai Terengganu dan Sungai Besut yang direkodkan oleh Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena program sambutan Hari Kemerdekaan Tuntung yang dirasmikan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

Program yang disertai lebih 300 pelajar sekolah, penduduk kampung dan sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) tersebut turut melepaskan 257 ekor anak tuntung yang berusia empat bulan hingga lima bulan ke Sungai Kemaman.

Chen berkata, pihaknya kini sedang giat menjalankan aktiviti kesedaran dalam kalangan pelajar dan orang ramai untuk memulihkan populasi tuntung di negeri ini.

Menurut beliau pihaknya turut bercadang untuk menjalankan kajian dengan mengikuti pergerakan tuntung pada tahun depan bagi mengenal pasti punca sebenar tuntung semakin berkurangan.

“Tuntung ini tak seperti penyu, penyu akan naik bertelur lebih lima kali setahun dengan jumlah telur lebih 100 biji, tetapi tuntung, hanya naik bertelur sekali pada bulan Februari hingga Mac dan jumlah telur hanya 40 biji,” katanya.

– BERNAMA

You may also like…
‘Stop consuming turtle eggs’

‘Stop consuming turtle eggs’

While the current peak nesting season is seeing a rise in turtle eggs, conservation groups are urging Malaysians to take a pledge to stop putting turtle eggs on their plates.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *