Programmes

Saat bersejarah di Sungai Kemaman

Note: Read the English version of this post here: A historical moment in the Kemaman River

Hari Sabtu, 21hb Mei 2011 merupakan hari yang bersejarah bagi penduduk tempatan di Kg. Pasir Gajah, Kemaman kerana pada hari ini, lebih dari 100 ekor anak tuntung sungai dilepaskan ke dalam Sungai Kemaman buat pertama kalinya. Projek pemuliharaan tuntung sungai ini dimulakan pada bulan Februari 2011, dan dijalankan oleh penduduk tempatan. Hasil daripada projek tersebut, sebanyak 420 butir telur tuntung sungai telah dieramkan, dan sebanyak 198 ekor anak tuntung telah menetas.

Lebih kurang 25 orang penduduk setempat, baik muda atau tua, menghadiri upacara ringkas tersebut. Menurut En. Mohd. Nor, aktiviti sebegitu tidak pernah diadakan di Sungai Kemaman. Gambar-gambar berikut menunjukkan aktiviti pada hari pelepasan tuntung tersebut. Semua gambar diambil oleh Pelf.

TERIMA KASIH diucapkan sekali lagi kepada En. Mohd. Nor bin Jusoh, Pengerusi JKKK Pasir Gajah, Wazir dan ahli-ahli kumpulannya Azmi, Rosli, Nasir, Abdullah, Mat Ludin and Zulkifli!

About Dr. Chen Pelf Nyok

Dr. Chen is the co-founder of Turtle Conservation Society of Malaysia. She currently heads the community-based River Terrapin Conservation Project in Kemaman, Terengganu, Malaysia.